Wednesday, 21 September 2011

Majlis ramah mesra Aidilfitri & Mesyuarat Agung Surau A-Yumni BK9


Assalamualaikum,
 
Pihak jawatankuasa Surau Al-Yumni ingin menjemput semua muslimin dan muslimat sekeluarga ke Majlis ramah mesra Aidilfitri & Mesyuarat Agung surau ditempat dan tarikh seperti dibawah :
 
Tarikh : 25 September 2011 (Ahd)
Masa : 7.30 - 10.00 Pagi
Tempat : Di sebelah tapak surau ,penghujung Jalan BK 9/3B (Warna), berdekatan dengan kawasan pembinaan rumah semi-D.
 
Untuk memeriahkan majlis ini dengan penglibatan ramai jemaah, makanan dan minuman untuk majlis ini boleh disumbang cara "Pot-luck".
Adalah diharap kita dapat hadir beramai-ramai dengan keluarga untuk mengambil peluang berkenalan dan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan penduduk muslim BK9, dari fasa berlainan.
 
Untuk sumbangan "pot-luck" dari tuan/puan, sila nyatakan bentuk sumbangan makanan/minuman/kelengkapan majlis dsb.
 
Majlis ini juga dapat memberi peluang untuk perlantikan baru ahli jawatankuasa surau terdiri daripada yang mempunyai kelayakan/pengalaman yang lebih, untuk meneruskan kerja mendirikan surau. Untuk makluman semua, status proses pembinaan surau sekarang dalam peringkat mendapatkan kelulusan PBT untuk pelan arkitek dan pelan kejuruteraan. Pihak konsultan yang jawatankuasa surau lantik, dalam proses untuk submit pelan-pelan ini. Sebaik sahaja, pelan-pelan ini mendapat kelulusan, tender akan dibuka untuk kontraktor-kontraktor yang berminat. Alhamdulillah, kutipan terkumpul setakat ini adalah RM 267,000 +.
 
Wassalam.
 
Abdul Hakim
Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Yumni BK9
hakim73@gmail.com
 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.